Daniel Sturridge semalam memberitahu kepada Chelsea bahawa dia tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan Chelsea jika masih tidak diberi peluang untuk turun dalam kesebelasan utama pada musim depan. Setakat ini, Sturridge telah menjaringkan 8 gol daripada 11 perlawanan bersama Bolton sejak dipinjam pada Januari lepas. Sturridge berkata :


"Saya mahu bermain di Chelsea tetapi jika peluang itu gagal diberikan, saya terpaksa berhijrah ke kelab lain. Saya mahu bermain dalam kesebelasan utama untuk Chelsea Football Club. Saya suka bermain untuk Chelsea. Namun, musim depan ia amatlah penting agar saya mendapat tempat dalam kesebelasan utama."

Terbaik, cuba gandingkan Sturridge dengan Torres. Kita tengok hasilnya macam mana. 

KTBFFH