Akhirnya, Ancelotti dipecat setelah tamat game Everton vs Chelsea. Musim ini agak malang untuk Chelsea setelah menamatkan musim 2011/12 tanpa sebarang trofi. CEO Chelsea, Ron Gourlay memecat Ancelotti sejurus selepas berakhirnya sidang media selepas perlawanan yang menyaksikan Chelsea kalah  0-1 di tangan Everton. Ancelotti dengan cool pula menjawab :
 

"Saya sekarang sedang bercuti. Namun saya tidak tahu selama mana saya akan bercuti."

Footballcrazie ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat Carlo Ancelotti di atas sumbangan beliau dalam skuad Chelsea. Persoalannya sekarang, who's next?