Nampaknya, Chelsea dah tak perlu rasanya membeli striker atau memburu Luca Modric. Ini kerana Andre Villas-Boas sudah mempunyai calon tersendiri. Antara pemain Porto yang beliau mahu serap masuk ke Chelsea ialah tak lain dan tak bukan iaitu penyerang sensasi Colombia, Radomel Falcao, £26.5 juta dan midfielder Portugis, Joao Moutinho, £15 juta . Tak cukup dengan itu, Boas turut mahukan coaching team beliau di Porto iaitu dua orang coaching staff, seorang physical trainer dan seorang opposition scout, Jose Mario Rocha dan Daniel Sousa. Roman Abramovich wajib tunaikan permintaan beliau jika mahu mengikatnya dengan kontrak bernilai £6.2 juta semusim selama tiga tahun. 


Bagi footballcrazie itu perkara biasa dalam bolasepak. Standard ah, nak bawa masuk individu yang beliau selesa bekerjasama dan faham caranya bekerja. Mungkin Boas ambil ikhtibar ketika Ancelotti bimbing Chelsea. Terkontang-kanting Chelsea masa Ray Wilkins kena sack. Lagi pun, tak perlu Boas ajar benda baru dekat players beliau nanti memandangkan pemain yang beliau nak bawa ni memang dah biasa dengan cara kendaliannya. Tentang duit? Abramovich memang tak ada masalah. Janji menang trofi Champions League musim depan. =)