Bekas kapten Tottenham, Gary Mabbutt mahu melihat Luka Modric dijual. Mabbutt berpendapat tiada guna menyimpan pemain yang mahu berpindah untuk sertai kelab pilihannya. Mabbutt berkata :

"Pasukan yang sertai Champions League menarik minat para pemain secara global. Apabila pemain mendapat peluang untuk bermain dalam kelab yang lebih bagus serta dapat bersaing dalam peringkat Eropah, pemain mungkin akan berfikir dua kali. Tiada guna menyimpan pemain yang tidak gembira. Gunakan duit yang dibayar untuk membina pasukan."


Sejujurnya, memang footballcrazie sokong buah fikiran Mabbutt. Bukan sebab ini blog Chelsea, tetapi atas dasar kesetiaan para pemain itu sendiri. Buat apa nak simpan pemain yang hati sudah tiada di kelab? Renung-renungkan, dan selamat beramal. =D