Selepas Modric tidak mendapat lampu hijau daripada Daniel Levy, kini Kevin De Bruyne, 19, mungkin fikir dua kali sebelum sertai Chelsea. Ini kerana dia tahu Chelsea belum tentu menjamin tempatnya dalam kesebelasan utama. Mamat ni winger yang memang aku respek. Muda-muda dah power. Dia juga membantu kelab Belgium, Racing Genk untuk menang liga super di sana. LOL. De Bruyne berkata:


"Saya telah fikir tentang masa depan saya dan Chelsea adalah pasukan yang saya idamkan. Namun, apa yang penting adalah saya diturunkan. Bersama Chelsea, ia bukan satu jaminan."


Fuh, seorang lagi budak yang minat bermain di Chelsea namun demi masa depan karier bolasepaknya, dia mungkin akan tolak tawaran ke Stamford Bridge untuk bermain secara pinjaman satu musim di kelab Anderlecht sebagai pendedahan bermain di peringkat Eropah. Apa pun, jom layan video aksi De Bruyne.