Ancelotti beritahu bahawa beliau tidak terkejut jika dipecat pada hujung musim ini. Namun, itu semua bergantung kepada lembaga pengarah Chelsea untuk tentukan keputusan tersebut. Pada musim lepas, Ancelotti membuat magik apabila mencipta sejarah bagi Chelsea untuk menang the Double buat pertama kali. Musim 2010/2011 nampaknya tidak memihak kepada Ancelotti. Beliau berkata :


"Keputusan terletak kepada mereka, jika mereka tidak gembira dengan prestasi saya, mereka boleh memecat saya tanpa masalah. Ramai bercakap tentang masa depan saya bersama Chelsea, namun kita tunggu akhir musim ini."


Erm, aku harap sangat Roman Abramovich ini tak akan singkirkan Ancelotti. Kenapa? Ini kerana Roman harus ingat, sesekali dia singkirkan mana-mana manager, jangan harap mereka akan kembali.