Tergempar. Nampaknya Guus Hiddink telah menolak spekulasi yang mengatakan bahawa beliau akan menerima jawatan sebagai sporting director Chelsea. Hiddink beritahu bahawa beliau menghormati kontrak yang ditandatangani bersama persatuan bolasepak Turki. Wakilnya berkata :


"Hiddink menghormati perjanjian bersama Turki. Beliau berjanji tidak akan menjawat jawatan lain sehinggalah kontrak beliau tamat."

Terbaik, sekurang-kurangnya Roman Abramovich tak ada calon untuk ambil manager baru. Mula-mula memang la sporting director, lepas tu jadi manager. Siapa yang sanggup tinggalkan kerja yang stabil untuk kerusi panas parlimen Chelsea ini yang selalu bertukar wakil rakyat? LOL. Hanya Ancelotti yang terbaik buat masa sekarang. 


KTBFFH