Carlo Ancelotti beitahu kepada media bahawa beliau sudi membimbing West Ham United jika dipecat oleh CFC. Kini, West Ham United tidak mempunyai manager setelah bekas manager Chelsea, Avram Grant, gagal menyelamatkan West Ham United dari zon penyingkiran. Ancelotti dijangka akan dipecat setelah tamat game terakhir beliau bersama-sama Chelsea malam ini dengan menentang Everton di Goodison Park. Ancelotti turut beritahu bahawa beliau tidak kisah menerima gaji yang jauh lebih kecil daripada yang beliau perolehi di Stamford Bridge. Beliau berkata :


"Saya sanggup latih West Ham - kenapa tidak? Ia merupakan satu cabaran untuk membimbing pasukan dari liga Championship. Atmosphere di West Ham begitu menakjubkan. Ia bukan satu masalah samada kamu membimbing kelab besar atau pun kelab kecil. Bila saya manage, saya tidak berfikir tentang duit. Itu prinsip saya."

Erm, kesian Ancelotti. Ramai yang dah lupa dan tak hargai kejayaan beliau di Chelsea. Namun, itulah bolasepak, kejap bola di kaki kejap bola di utara. Faham-faham sendirilah. =D


KTBFFH