Roman Abramovich kini dilaporkan berminat untuk mendapatkan manager Tottenham Hotspur sebagai pengganti Carlo Ancelotti. Bukan Redknapp sahaja, Abramovich turut mahu memujuk Chief Scout kelab itu, Ian Broomfield ke Chelsea. Selepas kerusi panas itu ditolak oleh Guus Hiddink yang mempunyai komitmen bersama-sama skuad kebangsaan Turki, Redknapp dikatakan calon yang sesuai untuk menggalas tanggungjawab ini. Manakala Broomfield pula dah lama menjadi bualan sebagai Sports Director yang baru di Stamford Bridge, semenjak Frank Arnesen letak jawatan pada November 2010. Erm, Redknapp? Terbaik juga tu. Boleh pancing Gareth Bale. =D